Tuesday 29 November 2011

Simple Ways to Live a Healthy Lifestyle


Assalamualikum w.b.t..
     malam nie aku rase cm free sgt2 cz dah byak assigment n quiz yang dah sentle..so,malam nie aku rase nk tulis entries yg berilmiah skit lar..x tahu nk buat ape kn..so aku da bace magazine n artiche about simple ways to live a healthy lifestyle...so,aku nk kongsi dgn korang2 sume ttg article yg aku bace nie..supaya ape yg baik elok lau diamalkan..kan kan kan??tol x???
article mie korang bace lar sndiri ek..malas nk explain..aku da terbace lam paper so,,im want to share with u all..tink..:)

aku juga mahu kongsi ng korang2 sume ttg kepentingan umtuk mengamalkan gaya hidup sihat..jangan pandai bace je tau,.tp cuba amalkan..


Kepentingan Gaya Hidup Sihat.

a) Memastikan tahap kesihatan yang baik

       Kebaikan utama gaya hidup yang sihat ialah amalan yang membina ini sentiasa memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik. Sebagai contohnya, gaya hidup sihat selalu memberi faedah kepada kecergasan fizikal. Misalnya , dengan melakukan aktiviti senaman secara kerap , kehidupan seseorang itu menjadi lebih sihat dan menceriakan. Senaman seperti bersukan, berekreasi, bersenam robik, berjalan dan berlari memastikan tubuh kita menjadi cergas dan sistem peredaran darah menjadi lebih teratur. Pada masa yang sama, sistem imunisasi manusia menjadi lebih cekap dan seterusnya stamina dan kekuatan dapat dibina. Selain daripada itu, amalan gaya hidup yang sihat juga menggurangkan risiko menghadapi penyakit berbahaya. Sebagai contohnya, apabila kita sering melakukan senaman ataupun mengambil makanan dengan kadar nutrisi yang betul, maka kita dapat mengelakkan diri daripada pendedahan kepada penyakit berbahaya. Misalnya, penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung sering mencari mangsa yang kurang mengamalkan amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan makan makanan yang berkolestrol.



b) Menstabilkan kesihatan mental dan mengurangkan tekanan

       Seterusnya, gaya hidup sihat juga menjamin kestabilan kesihatan mental serta sentiasa mengawal ataupun mengurangkan tekanan. Sebagai contohnya, amalan berehat dan tidur dengan kadar yang mencukupi dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan serta minda. Dengan bersikap lebih prihatin terhadap masa rehat dan masa tidur proses metabolism juga dapat dijalankan dengan lancer. Berikutan dengan itu, gaya hidup sihat yang lain seperti pemikiran positif mampu memberi jalan penyelesaian bagi kemelut–kemelut yang serius tanpa mengadapi tekanan yang berlebihan. Ini adalah kerana tekanan yang kita hadapi kadang kala boleh menjuruskan kepada masalah mental ataupun masalah sosial seperti pembuangan bayi, vandalisme dan sebagainya.

c) Mendisiplinkan masyarakat

     Pada masa yang sama, gaya hidup yang sihat juga melahirkan insan yang disiplin dan sihat dari segi fizikal dan persekitaraannya. Misalnya, seseorang yang mengamalkan gaya yang positif akan sentiasa menjaga kebersihan diri sendiri dan juga persekitaraanya. Dengan mengutamakan kebersihan , maka kita dapat menghalang wabak-wabak penyakit dari terus tersebar. Di samping itu, kita juga dapat hidup dalam suasana yang sihat dan harmoni. Amalan seperti menjaga kebersihan diri serta persekitaraan melalui mandi, berpakaian bersih, gotong-royong dan membuang sampah-sarap dalam tong sampah akan membentuk disiplin dan peribadi seseorang.

#nampak cm aku buat karangan bahasa melayu je kn..hahahaha..bace jgn x bace..

aku jgak nk kongsi dgn korang ttg cara amal gaya hidup sihat yg aku da bace..

Langkah-langkah ke arah gaya hidup yang sihat

1.makan makanan yang berkhasiat.

banyakkan makan buah-buahan n sayur-sayuran...

2.jalingkan hubungan baik dengan keluarga,jiran-jiran dan rakan.


3.melakukan aktiviti fizikal..

4.mengambil rehat yang mencukupi.



nie part yg aku plg suka..lau yg nie bkan skadar ckup tp terlebih rehat da lar..hahaha..tp terlebih rehat pn x baik jgak tuk kesihatan tau..TAKE NOTE terutamanya SITI ROSMARINA..kekekeke..

4.menjaga kebersihan.
*p/s:amalkan gaya hidup sihat dlam kehidpan..otak cergas datngya daripada badan yang sihat..SELAMAT beramal..:)




No comments:

Post a Comment